Dalam sesi kali ini, Studio sihat telah membawa topik Plateau yang mana menceritakan tentang suatu keadaan berat stuck dan tidak turun walaupun telah melakukan diet. Dalam sesi ini coach mendedahkan tentang journey penurunan berat badan dan sebab penurunan berat badan stuck.
Antara faktor berat stuck:
- Perubahan komposisi badan
- Makan terlalu sikit
- Stress/Kurang Tidur
- Tabiat yang tidak konsisten
Peserta diajar cara untuk menangani plateau ini dengan memastikan mengira semula kalori seharian bagi makanan yang diambil, lebihkan pengambilan protein, Ubah rutin senaman, dan pastikan tidur yang cukup. Semoga peserta yang menghadiri program kali ini dapat menjadikan sesi kali ini sebagai rujukan untuk hidup lebih sihat.


