PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Program Taklimat Kempen Internet Selamat di SMK Pengkalan Chepa 2

NADI Kampung Panjang Banggu bersama NADI Padang Tembak, dan NADI Tanjung Mas telah melaksanakan Program Taklimat Kempen Internet Selamat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2. Program berlangsung dari 8.00 hingga 9.30 pagi dan disertai seramai 175 orang pelajar.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar tentang penggunaan internet  dengan selamat dan bertanggungjawab. Peserta diberi pendedahan mengenai risiko maklumat palsu, jejak digital, buli siber dan red flags dalam kehidupan seharian.

Melalui program ini, pelajar didedahkan dengan bahayanya dunia siber dan bagaimana untuk menanganinya supaya tidak terjebak dengan perkara-perkara negatif. Pelajar diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dalam menggunakan internet dan berfikir dahulu sebelum melakukan sebarang perkara di media sosial. Selain itu, aktiviti interaktif sepanjang sesi membantu memastikan pelajar memahami mesej kempen dengan lebih jelas dan praktikal.

Inisiatif seperti ini sejajar dengan matlamat NADI untuk mendidik komuniti, khususnya pelajar, tentang kepentingan keselamatan digital dan penggunaan teknologi yang bijak.

Berita Berkaitan