Topik kali ini memberi pendedahan mengenai kepentingan amalan Cyber Hygiene sebagai asas dalam melindungi diri daripada ancaman siber yang semakin berkembang. Peserta diperkenalkan dengan amalan keselamatan digital yang perlu diterapkan dalam kehidupan seharian. Peserta didedahkan dengan kesan jejak digital dan penggunan browser yang berpatutan untuk melayari internet.
Selain itu, sesi ini turut membincangkan pelbagai bentuk jejak digital yang dapat dikesan semasa melayari internet dengan pencarian nama sahaja. Jadi semua peserta digalakkan berwaspada semasa berkongsi cerita atau perkembangan diri sama ada di blog atau di media sosial. Peserta disarankan untuk menghapuskan jejak digital jika tidak lagi digunakan seperti di media sosial atau mana-mana blog yang pernah dilayari dan cari pelayar yang baik supaya aktiviti mereka tidak direkodkan dan dikesan.
Diharapkan selepas mengikuti perkongsian ini, peserta dapat memahami kepentingan membudayakan amalan Cyber Hygiene dalam rutin harian, meningkatkan tahap kesedaran terhadap risiko keselamatan siber serta mengamalkan langkah pencegahan yang berkesan bagi mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat untuk diri sendiri dan organisasi.


