Sesi yang kelima bagi MAHIR Baiki Gajet telah dilaksanakan dengan memberi fokus kepada kemahiran membuka dan memasang peranti Android. Peserta diperkenalkan kepada komponen asas peranti serta kaedah yang betul untuk membuka bahagian peranti dengan lebih cermat dan selamat bagi mengelakkan kerosakan pada komponen dalaman.
Sepanjang sesi, peserta turut ditunjukkan latihan praktikal untuk memasang semula komponen Android mengikut langkah yang betul. Aktiviti ini membantu peserta meningkatkan kemahiran teknikal, ketelitian dan keyakinan dalam mengendalikan peranti Android, di samping memberi asas yang berguna untuk pembelajaran membaiki gajet pada sesi seterusnya.


