Program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan aktiviti fizikal sebagai salah satu kaedah menguruskan obesiti secara sihat dan berkesan. Peserta didedahkan kepada manfaat memulakan senaman secara berperingkat mengikut kemampuan diri, di samping memahami bahawa perubahan kecil yang dilakukan secara konsisten mampu memberikan kesan positif terhadap kesihatan.
Selain itu, sesi ini turut berkongsi panduan memilih senaman yang sesuai, kepentingan menetapkan matlamat yang realistik serta mengamalkan gaya hidup aktif sebagai rutin harian. Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran peserta bahawa pengurusan obesiti memerlukan komitmen berterusan melalui gabungan senaman, pemakanan seimbang dan disiplin diri bagi mencapai kesejahteraan serta kualiti hidup yang lebih baik.


