Pada 13 Julai, program MAHIR Prompt Engineer Cohort 1 Level 1 Modul 1 Sesi 1 – Pengenalan Kepada Kecerdasan Buatan (AI) telah dilangsungkan. Dalam sesi ini peserta didedahkan dengan pengetahuan tentang kecerdasan buatan (Artificial Intelligence (AI)) dan pengenalan tentang MAHIR Prompt Engineer.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk melahirkan 1 NADI 1 PROMPT ENGINEER bagi memacu penggunaan AI dan Automasi Digital dalam kalangan komuniti NADI. Dalam sesi ini peserta diberi pengetahuan tentang cara log masuk, menanda kehadiran dan pengenalan ringkas berkenaan program.


