Program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang asas keusahawanan melalui tiga topik utama iaitu mindset usahawan, mengubah masalah menjadi peluang, dan saya ada idea tapi saya tiada modal. Peserta didedahkan kepada ciri-ciri pemikiran seorang usahawan yang kreatif, berani mencuba serta sentiasa bersedia menghadapi cabaran dalam membangunkan sesuatu perniagaan.
Selain itu, peserta turut memahami bahawa setiap masalah boleh dijadikan peluang perniagaan sekiranya dianalisis dengan bijak dan disertai penyelesaian yang bernilai. Sesi ini juga menekankan bahawa kekurangan modal bukanlah penghalang untuk memulakan perniagaan, sebaliknya perancangan yang baik, kreativiti dan penggunaan sumber sedia ada mampu membantu merealisasikan sesuatu idea. Program ini diharapkan dapat menyemai minat keusahawanan dan meningkatkan keyakinan peserta untuk memulakan langkah pertama dalam dunia perniagaan.


