Program Animasi dalam Python Siri 6 telah dilaksanakan dengan memberi fokus kepada penggunaan mBlock dalam menghasilkan animasi dan projek interaktif. Peserta diperkenalkan kepada asas penggunaan mBlock serta cara membina arahan dan pergerakan objek menggunakan blok pengaturcaraan.
Dalam sesi praktikal, peserta menghasilkan projek kereta keluar masuk dengan membina arahan supaya pergerakan kereta dapat dikawal mengikut konsep yang dipelajari. Aktiviti ini membantu peserta memahami asas logik pengaturcaraan, kawalan pergerakan dan pembangunan animasi secara lebih praktikal dan menyeronokkan.


