Pada 9 April 2026 memberi fokus kepada pendedahan asas keselamatan siber dalam penggunaan peranti rangkaian di rumah seperti CCTV dan WiFi bagi mengelakkan risiko pencerobohan atau penggodaman. Peserta didedahkan kepada ancaman siber yang sering berlaku seperti akses tidak sah, penggunaan kata laluan lemah, konfigurasi rangkaian yang tidak selamat serta risiko perkongsian rangkaian secara terbuka. Selain itu, sesi ini turut menekankan langkah pencegahan seperti penggunaan kata laluan yang kuat, penukaran tetapan lalai peranti, kemas kini perisian secara berkala serta penggunaan tetapan keselamatan rangkaian yang lebih selamat. Peserta juga memahami kepentingan kesedaran keselamatan digital dalam melindungi privasi, data peribadi dan keselamatan rumah. Program ini berjaya meningkatkan pengetahuan serta kesedaran peserta tentang cara melindungi peranti IoT dan rangkaian internet daripada ancaman siber dengan lebih berkesan.

Program Taklimat Kempen Internet Selamat di SMK Kubang Kerian 2
NADI Kampung Panjang Banggu bersama NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh, NADI Padang Kala, dan NADI

