7 April 2026, Selasa| Program “NADI-Care | Saringan Kesihatan: Kenapa Check Up Berkala Tu Penting?” memberi fokus kepada kepentingan menjalani saringan kesihatan secara berkala sebagai langkah awal dalam mencegah dan mengesan penyakit dengan lebih awal. Peserta didedahkan kepada kepentingan pemeriksaan kesihatan rutin seperti pemeriksaan tekanan darah, paras gula dalam darah, kolesterol dan indeks jisim badan (BMI) bagi membantu memantau tahap kesihatan diri.
Bukan itu sahaja, peserta turut difahamkan bahawa amalan pemeriksaan berkala dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan, mengurangkan risiko komplikasi penyakit serta menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat. Program ini diharap berjaya memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan diri dan keluarga supaya kesihatan yang optimum sentiada dapat dicapai.


