PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI-Care: Tekanan Dalam Lensa Psikologi: Kenali Stres & Bina Daya Tahan Diri

Program kali ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan memahami stres daripada perspektif psikologi serta membina daya tahan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian. Peserta didedahkan kepada maksud stres, punca-punca yang boleh mencetuskan tekanan emosi, serta perbezaan antara stres yang normal dan stres yang memerlukan perhatian. Selain itu, peserta turut memahami bagaimana pengurusan stres yang baik dapat membantu meningkatkan kesejahteraan mental, emosi dan kualiti hidup.

Sesi ini juga menerangkan tanda-tanda awal stres yang sering diabaikan, termasuk perubahan emosi, tingkah laku dan fizikal yang boleh memberi kesan kepada kehidupan harian sekiranya tidak ditangani dengan baik. Peserta turut diperkenalkan kepada beberapa teknik pengurusan stres yang praktikal seperti pengurusan masa, latihan pernafasan, pemikiran positif, serta kepentingan mendapatkan sokongan daripada keluarga, rakan atau profesional apabila diperlukan.

Program ini diharap berjaya meningkatkan kesedaran peserta tentang kepentingan menjaga kesihatan mental, mengenali tanda-tanda stres sejak peringkat awal, serta mengamalkan strategi daya tindak yang sihat bagi membina daya tahan diri.

Berita Berkaitan