Program ini mendedahkan kepada kanak-kanak mengenai komponen utama yang terlibat dalam operasi sesebuah perniagaan. Peserta diperkenalkan kepada skop seperti pengurusan pengeluaran produk atau perkhidmatan, penyediaan bahan dan sumber, kawalan kualiti, pengurusan inventori serta penyampaian produk kepada pelanggan. Selain itu, mereka turut mempelajari bagaimana setiap proses saling berkait dalam memastikan operasi perniagaan berjalan dengan cekap, teratur dan memenuhi keperluan pelanggan. Program ini juga menggalakkan peserta memahami kepentingan perancangan, kerjasama dan pengurusan yang sistematik sebagai asas kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Secara keseluruhannya, video pembelajaran ini berjaya memberikan pemahaman awal mengenai skop utama operasi perniagaan serta memupuk minat terhadap bidang keusahawanan dalam kalangan kanak-kanak.

NADI SLS MAHIR Masak: Viral Banana Pudding & Haemul-Pajeon
Program Short Learning Series (SLS) ini membolehkan peserta mempelajari teknik dan resipi masakan yang baru

