Program Short Learning Series (SLS) ini membolehkan peserta mempelajari teknik dan resipi masakan yang baru serta viral. Aktiviti ini mendapat sambutan baik daripada komuniti setempat yang berminat untuk mencuba resipi baru dan meningkatkan kemahiran kulinari mereka.
Program dimulakan dengan sesi Viral Banana Pudding dari 9.30 pagi hingga 10.15 pagi, diikuti oleh sesi Haemul-Pajeon dari 10.15 pagi hingga 11.00 pagi. Setiap sesi menekankan teknik memasak yang mudah diikuti, penggunaan bahan yang praktikal, serta tips penyediaan yang menarik agar peserta da pat mencuba sendiri di rumah.




