Program kali ini memberi fokus kepada peranan e-Sukan sebagai medium pembangunan diri yang mampu membentuk pelbagai kemahiran penting dalam kalangan peserta. Melalui sesi ini, peserta didedahkan kepada nilai-nilai seperti disiplin, kerja berpasukan, komunikasi berkesan, kepimpinan serta keupayaan membuat keputusan dalam situasi yang mencabar. Selain meningkatkan kemahiran teknikal dalam permainan, eSukan juga dilihat sebagai platform yang dapat membantu membina keyakinan diri dan daya tahan mental.
Selain itu, peserta turut memahami kepentingan mengimbangi aktiviti eSukan dengan tanggungjawab harian seperti pelajaran, pekerjaan dan kehidupan sosial. Sesi ini menekankan bahawa penglibatan dalam eSukan secara positif dan beretika mampu membuka peluang pembangunan diri serta kerjaya dalam industri digital yang semakin berkembang. Program ini berjaya meningkatkan kesedaran peserta bahawa eSukan bukan sekadar hiburan, malah satu medium pembelajaran yang dapat melahirkan individu yang lebih berkemahiran dan berdaya saing.


