Program ini memberi fokus kepada pendedahan asas kemahiran suntingan video dan kompositing dalam konteks kandungan eSukan yang kreatif dan profesional. Peserta didedahkan kepada proses asas penyuntingan seperti pemotongan klip, penyusunan visual, penambahan efek serta gabungan elemen audio dan grafik bagi menghasilkan kandungan video yang lebih menarik dan berkualiti. Selain itu, sesi ini turut menekankan kepentingan kreativiti, ketelitian dan pemahaman aliran cerita dalam menghasilkan video yang mampu menarik perhatian penonton. Peserta juga memahami bagaimana kemahiran editing dan kompositing boleh digunakan untuk membina portfolio digital serta menyokong perkembangan kerjaya dalam industri eSukan dan kandungan digital. Program ini berjaya memberi pendedahan awal tentang kemahiran teknikal yang relevan serta membuka minat peserta terhadap bidang produksi digital dalam eSukan.

NADIPreneur/Empowerher Live Webinar 7 (Perancangan Perniagaan)
Pada 2 April 2026, satu webinar keusahawan telah diadakan di NADI Kampung Panjang Banggu. Bertopikkan

