Program ini memberi fokus kepada pendedahan asas kemahiran suntingan video dan kompositing dalam konteks kandungan eSukan yang kreatif dan profesional. Peserta didedahkan kepada proses asas penyuntingan seperti pemotongan klip, penyusunan visual, penambahan efek serta gabungan elemen audio dan grafik bagi menghasilkan kandungan video yang lebih menarik dan berkualiti. Selain itu, sesi ini turut menekankan kepentingan kreativiti, ketelitian dan pemahaman aliran cerita dalam menghasilkan video yang mampu menarik perhatian penonton. Peserta juga memahami bagaimana kemahiran editing dan kompositing boleh digunakan untuk membina portfolio digital serta menyokong perkembangan kerjaya dalam industri eSukan dan kandungan digital. Program ini berjaya memberi pendedahan awal tentang kemahiran teknikal yang relevan serta membuka minat peserta terhadap bidang produksi digital dalam eSukan.

NADIPreneur/Empowerher Video Pra Latihan 29 (Macam Mana Nak Gemukkan Akaun Bisnes?)
Program ini telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan mengurus kewangan perniagaan dengan

