Topik kali ini membawa perbincangan tentang Perancangan Perniagaan & Kewangan. Program ini bertujuan untuk menyumbang pelbagai ilmu perniagaan untuk peserta merancang dan menambahbaik perniagaan mereka.
Melalui program ini, peserta dapat merancang, melaksana, memantau dan membaiki semula perniagaan mereka. Dengan agenda yang jelas dan berpatutan program ini membuka mata peserta supaya mengendalikan perniagaan mereka berdasarkan struktur roadmap yang betul dan hasil daripada pemantauan yang dijalankan dapat membaik pulih perniagaan dengan lebih sistematik dan berteras. Peserta juga didedahkan dengan cara pengiraan kos bahan mentah dan satu kos barangan bagi penjualan mereka melalui perkongsian daripada canva.
Peserta diharapkan dapat mengambil ikhtibar daripada kes study yang diberikan untuk dijadikan pengajaran serta pengalaman untuk mentaksirkan bisnes mereka dengan lebih baik dan diharapkan dapat mencapai perkembangan yang setara dan bukan hanya berkerja keras tanpa hasil. Semoga semua peserta dapat mengendalikan bisnes mereka dengan baik dan berstruktur.


