Program NADI E-Sukan Modul Kepimpinan Dalam Pasukan E-Sukan telah dijalankan pada 7 hingga 9 Ogos 2026 di NADI Kampung Panjang Banggu dengan penglibatan peserta dalam kalangan belia.
Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan kepimpinan dalam sesebuah pasukan e-sukan. Peserta didedahkan dengan peranan seorang ketua pasukan, kepentingan komunikasi yang berkesan, semangat kerjasama serta sikap bertanggungjawab ketika bermain secara berkumpulan.
Sepanjang program, peserta turut mempelajari bagaimana kepimpinan yang baik dapat membantu pasukan membuat keputusan dengan lebih teratur, mengawal emosi semasa pertandingan dan meningkatkan prestasi pasukan secara keseluruhan. Nilai disiplin, hormat-menghormati dan sokongan antara ahli pasukan juga turut ditekankan.


