Webinar Cybersecurity: Bahaya Aplikasi Palsu telah berlangsung dengan jayanya secara dalam talian di NADI Kampung Panjang Banggu. Program ini memberi pendedahan kepada bahayanya memuat turun aplikasi yang tidak dikenali, atau daripada pihak ketiga dan tidak rasmi.

Sepanjang sesi berlangsung, peserta didedahkan dengan penerangan berkaitan risiko memuat turun aplikasi yang bukan daripada aplikasi rasmi seperti App Store dan Google Play Store. Kemungkinan besar aplikasi dari tempat yang tidak rasmi atau pihak ketiga ini mengandungi perangkap virus, malware, spyware atau akses kepada data peribadi.
Antara pengisian yang didedahkan adalah:-
1. Muat turun aplikasi daripada App Store atau Google Play Store
2. Semak ulasan dan rating serta jumlah muat turun bagi aplikasi yang berkenaan
3. Jangan berikan kebenaran pelik kepada aplikasi seperti microphone, kamera atau lokasi jika tidak berkenaan
Aplikasi yang mempunyai banyak kebenaran, berkemungkinan menjerumus kita kepada perangkap.
Sebelum muat turun fikir dahulu adakah aplikasi tersebut selamat atau tidak.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bahaya aplikasi palsu yang boleh menyebabkan kehilangan data dan berkemungkinan menggugat kehidupan seharian kita. Diharapkan pendedahan yang diberikan dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian bagi mengelakkan risiko jenayah siber.


