MAHIR Foto Intake 4 Modul 5 Sesi 1 telah dilaksanakan dengan memberi fokus kepada mengenali tetapan smartphone untuk tujuan fotografi. Peserta diperkenalkan kepada beberapa tetapan dan fungsi asas kamera pada smartphone yang boleh digunakan bagi menghasilkan gambar yang lebih jelas, menarik dan berkualiti.
Melalui penerangan dan latihan praktikal, peserta berpeluang mencuba tetapan kamera serta memahami fungsi setiap tetapan dalam situasi pengambilan gambar yang berbeza. Pembelajaran ini membantu peserta menggunakan smartphone dengan lebih yakin dan memanfaatkan fungsi kamera secara optimum dalam menghasilkan foto yang lebih baik.


