PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI-care | “Mental Load” Isteri: Nampak Macam Rehat, Tapi Otak Tak Pernah Berhenti Berfikir

16 April 2026, Khamis | Studio Sihat hadir dengan topik ‘Mental Load’ Isteri: Nampak Macam Rehat, Tapi Otak Tak Pernah Berhenti Berfikir” yang mengetengahkan isu berkenaan seorang wanita dan seseorang yang bergelar ibu. Program ini memberi fokus kepada kesedaran tentang beban mental yang sering dialami oleh golongan isteri dan ibu dalam mengurus tanggungjawab harian serta keseimbangan kehidupan keluarga. Peserta didedahkan kepada maksud “mental load”, faktor yang menyumbang kepada tekanan emosi dan keletihan mental, serta kepentingan komunikasi, sokongan keluarga dan penjagaan kesihatan mental dalam kehidupan seharian.

Program ini memberi kefahaman bahawa pengurusan emosi dan pembahagian tanggungjawab yang baik dapat membantu meningkatkan kesejahteraan diri serta hubungan kekeluargaan yang lebih harmoni. Menjadi tanggungjawab ahli keluarga yang lain untuk memastikan kepentingan menjaga kesihatan mental serta menghargai peranan wanita dalam institusi keluarga.

Berita Berkaitan