Minggu ini Mahir Foto membawa topik Pengenalan Videografi Menggunakan Smartphone, Peralatan Asas, Cabaran & Tips Videografi Menggunakan Smartphone. Pada minggu yang ke-12 ini peserta didedahkan dengan teknik rakaman yang betul, dari komposisi kepada pencahayaan, dan bagaimana menggunakan aplikasi suntingan yang berkuasa.
Peserta diberikan makluman mengenai definisi dan kelbihan videografi menggunakan smartphone serta peralatan asas dalam videografi.
Dengan pembelajaran ini, peserta boleh memahami teknik asas, menggunakan aksesori dan aplikasi yang betul serta menguasai proses suntingan dan penghasilan video yang bermutu tinggi tanpa memerlukan peralatan yang mahal.


