PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI eSukan | Komunikasi Dalam Pasukan e-Sukan

Satu program untuk membentuk kesejahteraan dalam diri pemain yang melibatkan hubungan pasukan telah diadakan di NADI Kg Panjang Banggu. Peserta didedahkan dengan cara berkomunikasi dalam permainan dan bagaimana salah faham boleh berlaku dalam pasukan eSukan. Program menunjukkan skop permainan yang memerlukan kerjasama dari setiap ahlinya dan perkara yang boleh mengakibatkan salah faham berlaku jika tiada komunikasi yang betul dijalinkan antara pasukan.

Melalui pembelajaran ini, peserta diberi pengetahuan bagaimana untuk mengatasi isu komunikasi dalam pasukan dengan cara memberi arahan yang jelas, memahami pandangan dari sudut semua ahli pasukan serta cara memberikan kerjasama yang padu untuk memastikan permainan dapat dimain dengan baik dan lancar.

Akhirnya, peserta diharapkan dapat memahami cara kemahiran komunikasi dengan betul untuk membina pasukan yang berdisiplin, berhemat dan berjaya.

Berita Berkaitan