PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADIPreneur/Empowerher Live Webinar 7 (Perancangan Perniagaan)

Pada 2 April 2026, satu webinar keusahawan telah diadakan di NADI Kampung Panjang Banggu. Bertopikkan Perancangan Perniagaan, peserta didedahkan dengan kepentingan merancang perniagaan sebelum mula menjual. Peserta di galakkan untuk merancang asas perniagaan yang mengandungi idea, sasaran dan strategi pemasaran yang betul dan sesuai mengikut produk yang dijual. Peserta juga diminta untuk mengenal pasti pesona pembeli sebelum merancang strategi yang lebih detail.

Selain itu, sesi pembelajaran ini turut membuka pengetahuan peserta dalam persediaan dari sudut kewangan dan struktur penjualan yang teratur dan berhasil supaya peserta dapat melihat kelemahan dan kekuatan bagi produk mereka. Dengan berakhirnya webinar ini, peserta dapat menstrukturkan pelan perniagaan mereka dengan lebih teratur dan strategik dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan keyakinan dalam memasarkan produk dan perniagaan mereka.

Berita Berkaitan