PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Webinar Cybersecurity Video 3: Ancaman Kebocoran Data Peribadi

Webinar Cybersecurity: Ancaman Kebocoran Data Peribadi telah berlangsung dengan jayanya secara dalam talian di NADI Kampung Panjang Banggu. Program ini memberi pendedahan kepada ancaman kebocoran data peribadi semasa peserta mengisi borang atau memuatnaik maklumat peribadi ke mana-mana laman sesawang.

Sepanjang sesi berlangsung, peserta didedahkan dengan penerangan berkaitan risiko memuatnaik maklumat peribadi ke mana-mana laman sesawang atau mengisi borang dengan menggunakan maklumat lengkap. Banyak laman web menyimpan maklumat pengguna dan membolehkan penggodam untuk mangambil maklumat dengan mudah.

Peserta dinasihatkan untuk memastikan :-

1. Tidak memberi maklumat berlebihan, sekiranya tidak diminta
2. Pastikan laman web ada https sebelum memasukkan data
3. Baca polisi dan privasi sebelum klik setuju

Ancaman kebocoran data peribadi dapat dielakkan dengan tips seperti diatas. Peserta diingatkan untuk menyemak link laman web yang mereka layari dan pastikan membaca polisi dan privasi untuk semua borang yang diisi untuk mengelakkan perkongsian data yang tidak sepatutnya

Secara keseluruhannya, program ini membuka mata peserta untuk melihat dari mana ancaman kebocoran data peribadi dapat di minimumkan dan memastikan mereka sentiasa peka semasa melayari laman web. Diharapkan pendedahan yang diberikan dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian bagi mengelakkan risiko jenayah siber.

Berita Berkaitan