Webinar Cybersecurity: Bahaya WIFI Percuma telah berlangsung dengan jayanya secara dalam talian di NADI Kampung Panjang Banggu. Program ini memberi pendedahan kepada bahaya penggunaan wifi percuma apabila dihubungkan ke aplikasi telefon atau komputer riba.

Sepanjang sesi berlangsung, peserta didedahkan dengan penerangan berkaitan risiko menggunakan wifi awam yang mana membolehkan pihak ketiga menggodam data peribadi peserta seperti username dan password.
Peserta dinasihatkan melalukan 3 perkara ini jika menggunakan wifi percuma:-
1. Gunakan VPN setiap kali sambung ke wifi percuma – ia akan menyulitkan maklumat peribadi daripada pihak ketiga
2. Jangan membuka aplikasi seperti bank, media sosial atau aplikasi yang mengandungi maklumat peribadi
3. Tekan Forget Network setelah menggunakan wifi awam
Peserta di ingatkan bahawa wifi percuma adalah senang untuk digunakan namun pastikan sentiasa berhati-hati semasa menggunakan wifi awam supaya data peribadi tidak dicerobohi.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya meningkatkan kesedaran tentang bahaya penggunaan wifi awam tanpa langkah yang sepatutnya, data peribadi dapat dicerobohi oleh pihak ketiga dengan begitu sahaja. Diharapkan pendedahan yang diberikan dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian bagi mengelakkan risiko jenayah siber.

