NADI Kampung Panjang Banggu bersama NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh, NADI Padang Kala, dan NADI Kedai Buloh telah melaksanakan Program Taklimat Kempen Internet Selamat di SMK Kubang Kerian 2 yang melibatkan seramai 631 orang pelajar Tingkatan 1 sehingga 4.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar tentang penggunaan internet dengan selamat dan bertanggungjawab. Peserta diberi pendedahan mengenai risiko maklumat palsu, jejak digital, buli siber dan red flags dalam kehidupan seharian.
Melalui program ini, pelajar didedahkan dengan bahayanya dunia siber dan bagaimana untuk menanganinya supaya tidak terjebak dengan perkara-perkara negatif. Pelajar diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dalam menggunakan internet dan berfikir dahulu sebelum melakukan sebarang perkara di media sosial. Selain itu, aktiviti interaktif sepanjang sesi membantu memastikan pelajar memahami mesej kempen dengan lebih jelas dan praktikal.
Inisiatif seperti ini sejajar dengan matlamat NADI untuk mendidik komuniti, khususnya pelajar, tentang kepentingan keselamatan digital dan penggunaan teknologi yang bijak.


