NADI Kampung Panjang Banggu telah menjadi lokasi bagi Program Outreach KWSP yang dianjurkan oleh KWSP Kota Bharu. Program yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 3.00 petang ini menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk masyarakat setempat.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk semakan penyata, pengaktifan i-Akaun, pendaftaran i-Saraan & i-Suri, caruman sukarela, pendaftaran Shariah, penamaan & semakan khairat kematian, serta perkhidmatan tambahan seperti i-Sayang dan i-Invest.

Program ini membolehkan komuniti sekitar mendapatkan maklumat dan bantuan KWSP dengan mudah serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan simpanan persaraan.


