Khamis, 29 Mei 2025 – Dalam era digital yang semakin maju, jenayah siber semakin berleluasa. Kempen Internet Selamat memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat agar sentiasa berwaspada terhadap taktik penipuan dalam talian. Antara bentuk rompakan alam siber yang sering berlaku termasuk penyalahgunaan kod TAC, panggilan telefon palsu, dan SMS penipuan.
Oleh itu, masyarakat perlu diberi pendedahan melalui kempen seperti Internet Selamat agar mereka tidak mudah terpedaya. Jangan sesekali berkongsi kod TAC, maklumat perbankan atau klik pautan yang mencurigakan. Dengan sikap berhati-hati dan celik teknologi, kita dapat melindungi diri daripada menjadi mangsa rompakan di alam siber.



