Untuk sesi program kali ini memberi fokus kepada kepentingan kerja berpasukan dan pemahaman peranan setiap ahli dalam sesebuah pasukan eSukan bagi mencapai prestasi yang optimum. Peserta didedahkan kepada struktur asas pasukan eSukan serta peranan seperti leader, strategist, support dan pemain utama yang saling melengkapi antara satu sama lain. Selain itu, sesi ini turut menekankan kepentingan komunikasi yang berkesan, koordinasi semasa permainan serta sikap saling mempercayai dalam memastikan strategi pasukan dapat dilaksanakan dengan baik. Peserta juga memahami bahawa kejayaan dalam eSukan bukan hanya bergantung kepada kemahiran individu, tetapi juga kekuatan kerjasama pasukan secara keseluruhan. Program ini berjaya memberi pendedahan awal tentang nilai teamwork, disiplin dan tanggungjawab dalam membentuk pasukan eSukan yang lebih berdaya saing.

NADI eSukan | Compositing & Editing
Program ini memberi fokus kepada pendedahan asas kemahiran suntingan video dan kompositing dalam konteks kandungan

