NADI Kampung Panjang Banggu telah menganjurkan Program NADI eSukan: Saringan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Peringkat NADI pada 23 Ogos 2025 (Sabtu) dari 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di NADI Kampung Panjang Banggu.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai dunia eSukan secara sihat dan beretika, selain mencungkil bakat pemain muda untuk mewakili peringkat seterusnya. Aktiviti ini turut menjadi platform untuk menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti digital yang positif dan berstruktur.
Sebelum pertandingan dimulakan, para peserta telah didedahkan dengan tayangan video eSukan sebagai pengenalan, yang menekankan aspek disiplin, semangat kesukanan, kerja berpasukan serta etika dalam permainan dalam talian. Sesi ini membantu peserta memahami kepentingan kawalan diri dan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab.

Saringan MLBB ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan peserta daripada komuniti setempat. Suasana pertandingan berlangsung dengan penuh semangat dan persaingan sihat, sekali gus mencerminkan potensi eSukan sebagai medium pembangunan bakat digital belia.


