PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI Cybersecurity | Video 4: Serangan Emel Palsu

Untuk sesi kali ini peserta dibawakan dengan topik yang memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya emel penipuan atau phishing yang semakin berleluasa dalam dunia digital hari ini.

Melalui sesi ini, peserta didedahkan dengan pelbagai taktik yang digunakan oleh scammer untuk memperdaya mangsa melalui emel yang kelihatan sah dan meyakinkan. Emel tersebut sering menyamar sebagai email peribadi dari keluarga, agensi kerajaan atau syarikat terkenal dengan tujuan mencuri maklumat peribadi, kata laluan, nombor akaun bank dan maklumat sensitif yang lain.

Peserta turut mempelajari tanda-tanda utama emel palsu seperti alamat pengirim yang mencurigakan, pautan yang tidak dikenali, kesalahan ejaan yang ketara serta mesej yang mendesak pengguna untuk mengambil tindakan segera. Selain itu, peserta digalakkan untuk sentiasa menyemak kesahihan emel sebelum membuka lampiran atau menekan sebarang pautan yang diterima.

Diharapkan selepas menonton video ini, peserta dapat mengenal pasti serangan emel palsu dengan lebih baik, mengamalkan langkah keselamatan digital yang betul, serta melindungi maklumat peribadi dan kewangan daripada ancaman scammer di alam maya.

Berita Berkaitan