Program “NADI Cybersecurity | On Demand: Cara Menjaga Keselamatan CCTV dan WiFi Rumah Anda dari Digodam” memberi fokus kepada pendedahan keselamatan siber dalam penggunaan peranti rangkaian di rumah, khususnya CCTV dan WiFi, bagi mengurangkan risiko penggodaman serta akses tidak sah. Peserta didedahkan kepada ancaman siber yang sering berlaku seperti penggunaan kata laluan lemah, tetapan peranti lalai (default settings), serta perkongsian rangkaian internet tanpa kawalan keselamatan yang betul. Selain itu, sesi ini turut menekankan langkah-langkah pencegahan seperti penggunaan kata laluan yang kuat dan unik, pengaktifan ciri keselamatan rangkaian, kemas kini perisian peranti secara berkala serta pemantauan akses pengguna. Peserta juga memahami kepentingan kesedaran keselamatan digital dalam melindungi privasi, data peribadi dan keselamatan rumah daripada risiko siber yang semakin meningkat. Program ini berjaya meningkatkan pengetahuan serta kesedaran peserta tentang amalan terbaik keselamatan siber untuk penggunaan peranti pintar di rumah

NADI Cybersecurity | Job Scam, Love Scam & Parcel Scam 2026: Taktik Baru Scammer Malaysia
Webinar ini telah berjaya dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman penipuan dalam talian yang

