PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Mahir Masak Intake 4 Modul 4 Sesi 3 – Penyediaan Chocolate Muffin

Sesi kali ini bagi MAHIR Masak Intake 4 Sesi 3 Modul 4 telah dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada penyediaan chocolate muffin. Program ini memberi peluang kepada peserta mempelajari teknik asas penyediaan muffin yang betul, termasuk sukatan bahan, kaedah mencampur adunan serta teknik membakar bagi menghasilkan tekstur yang lembut dan rasa yang lebih enak.

Sepanjang sesi berlangsung, peserta mengikuti demonstrasi dan latihan praktikal secara langsung dalam penyediaan chocolate muffin sehingga siap dibakar. Selain mempelajari kemahiran masakan, peserta turut didedahkan kepada aspek kebersihan, keselamatan makanan dan cara penyediaan yang kemas dan teratur.

Program ini membantu peserta menambah kemahiran dalam bidang kulinari serta memberi inspirasi untuk menghasilkan produk bakeri yang berpotensi dijadikan sumber pendapatan tambahan pada masa hadapan.

Berita Berkaitan