PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI – CYBERSECURITY – DARI SERANGAN SIBER KE PEMULIHAN Asas Tindak Balas Insiden & Forensik Digital

10 Julai 2025, Khamis –

Dalam era digital yang serba pantas, keselamatan siber menjadi keutamaan bagi semua – sama ada individu, organisasi, mahupun komuniti. Serangan siber boleh berlaku bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja, namun adakah kita benar-benar bersedia?

Webinar ini akan membincangkan ancaman siber terkini, kesan terhadap data dan operasi, serta langkah-langkah pemulihan dan perlindungan yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko. Bersama pakar keselamatan siber dari CyberSecurity Malaysia, anda akan didedahkan kepada maklumat penting dan strategi yang praktikal dalam menghadapi cabaran keselamatan digital masa kini.

Terima kasih kepada peserta yang terlibat dalam program ini. Penyertaan anda amatlah dihargai bagi menjayakan objektif program serta memperkukuhkan lagi tahap kesedaran keselamatan siber dalam komuniti kita.

Berita Berkaitan