Program “Panas Melampau: Kenali & Cegah Strok Haba” memberi fokus kepada kesedaran tentang bahaya cuaca panas melampau serta langkah pencegahan bagi mengelakkan risiko strok haba. Peserta didedahkan kepada tanda-tanda awal strok haba seperti pening, keletihan melampau, dehidrasi dan suhu badan yang tinggi, malah peserta dimaklumkan tentang golongan yang lebih berisiko mengalami masalah tersebut. Selain itu, peserta turut mempelajari langkah pencegahan seperti memastikan pengambilan air yang mencukupi, mengurangkan aktiviti luar ketika cuaca terlalu panas serta menjaga tahap kesihatan diri dengan lebih baik. Program diminta untuk sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri ketika menghadapi cuaca panas yang melampau sekarang ini.

Program KIDSVENTURE Video Pembelajaran 22 dan 23
Program KIDSVENTURE Video Pembelajaran 22 dan 23 telah dijalankan bagi memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai

