Program “Panas Melampau: Kenali & Cegah Strok Haba” memberi fokus kepada kesedaran tentang bahaya cuaca panas melampau serta langkah pencegahan bagi mengelakkan risiko strok haba. Peserta didedahkan kepada tanda-tanda awal strok haba seperti pening, keletihan melampau, dehidrasi dan suhu badan yang tinggi, malah peserta dimaklumkan tentang golongan yang lebih berisiko mengalami masalah tersebut. Selain itu, peserta turut mempelajari langkah pencegahan seperti memastikan pengambilan air yang mencukupi, mengurangkan aktiviti luar ketika cuaca terlalu panas serta menjaga tahap kesihatan diri dengan lebih baik. Program diminta untuk sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri ketika menghadapi cuaca panas yang melampau sekarang ini.

NADI-Care: Anak Lambat Cakap Sebab Gadget? Bahaya ‘Screen Time’ Ramai Mak Ayah Tak Tahu!
Program ini telah diadakan bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa dan penjaga mengenai kesan penggunaan

