PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI-Care: Nak Turun Berat, Tapi Asyik Mengidam? Kenali Punca Dan Cara Mengawalnya

Program ini telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai faktor yang menyebabkan keinginan untuk mengambil makanan secara berlebihan, khususnya ketika berusaha mengawal berat badan. Program ini membantu peserta memahami kepentingan pemilihan makanan dan tabiat pemakanan yang lebih baik dalam kehidupan seharian.

Sepanjang program, peserta diberikan penerangan mengenai punca keinginan mengidam serta beberapa kaedah mudah untuk mengawalnya seperti mengenal pasti pencetus, mengamalkan pemakanan seimbang dan membuat pilihan makanan yang lebih sihat. Perkongsian ini diharapkan dapat membantu peserta membina tabiat pemakanan yang lebih terkawal dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Berita Berkaitan