PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Maxis AI Programme: 03 Program AI @ Nadi (Maxis & Redtone) | Module 9 & 10

Program ini dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran digital komuniti dalam membangunkan aplikasi mudah alih berkaitan isu-isu komuniti setempat dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) melalui platform Gemini. Melalui program ini, peserta didedahkan kepada cara mengenal pasti masalah komuniti seperti kebersihan, keselamatan, aduan awam dan perkhidmatan setempat, seterusnya menggunakan AI untuk menjana idea, merancang fungsi aplikasi dan menghasilkan prototaip aplikasi mudah alih secara lebih mudah dan pantas.

Sepanjang program berlangsung, peserta mengikuti sesi praktikal yang menekankan penggunaan Gemini dalam proses pembangunan aplikasi, penyediaan kandungan, reka bentuk asas antaramuka serta penjanaan cadangan penyelesaian digital bagi isu komuniti. Program ini turut menggalakkan peserta berfikir secara kreatif dan menggunakan teknologi AI sebagai alat untuk membangunkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Melalui program ini, peserta diharap dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh untuk menghasilkan idea aplikasi yang relevan, inovatif dan berpotensi membantu menyelesaikan cabaran dalam komuniti.

Berita Berkaitan