Program NADIPRENEUR: Video Pasca Latihan 17 (Susun Bisnes Supaya Tak Kelam Kabut & Rugi), Podcast 11 (Kolaborasi Dengan Creator & Influencer Yang Berkesan Untuk SME), Video Pasca Latihan 20 (Jualan, Harga dan Daya Tahan) dan Video Pasca Latihan 18 (Di Mana Duit Kita Bocor?) dilaksanakan bagi meningkatkan pengetahuan peserta mengenai pengurusan perniagaan yang lebih tersusun, strategi jualan yang berkesan serta kepentingan kolaborasi dengan creator dan influencer dalam memperluaskan capaian pemasaran. Melalui sesi perkongsian ini, peserta didedahkan kepada cara menyusun operasi perniagaan agar lebih sistematik, mengenal pasti kebocoran kewangan, menetapkan harga yang sesuai dan membina daya tahan perniagaan dalam menghadapi cabaran pasaran semasa.
Sepanjang program berlangsung, peserta mengikuti perkongsian yang menekankan pengurusan aliran kewangan, strategi meningkatkan jualan, penilaian keuntungan serta pendekatan memilih dan bekerjasama dengan influencer secara lebih berkesan untuk perniagaan kecil dan sederhana (SME). Program ini turut menggalakkan peserta membuat perancangan perniagaan yang lebih jelas, mengawal kos dengan lebih baik dan memanfaatkan pemasaran digital secara strategik. Melalui program ini, peserta diharap dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh bagi mengukuhkan pengurusan perniagaan dan meningkatkan potensi pertumbuhan usaha mereka.


