PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

MAHIR Pertanian Pintar Intake 4 Modul 3 Sesi 2 – Asas Kesuburan Tanah

Kelas minggu ini berkongsi tentang kepentingan kesuburan tanah sebagai asas utama dalam pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti. Melalui program ini, peserta didedahkan kepada konsep asas kesuburan tanah, jenis-jenis nutrien yang diperlukan oleh tanaman serta faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan dan produktiviti tanah. Selain itu, peserta turut diberi pendedahan mengenai kepentingan penggunaan bahan organik, pengurusan baja yang betul dan amalan pertanian yang dapat membantu mengekalkan kesuburan tanah secara berterusan.

Sepanjang program berlangsung, peserta mengikuti sesi pembelajaran yang menekankan cara mengenal pasti keadaan tanah, langkah-langkah meningkatkan kesuburan tanah serta kaedah pengurusan tanah yang lebih mampan dan mesra alam. Program ini turut menggalakkan peserta mengamalkan teknik pertanian pintar yang dapat meningkatkan hasil tanaman dan mengurangkan pembaziran sumber. Melalui program ini, peserta diharap dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam aktiviti pertanian harian bagi menghasilkan tanaman yang lebih sihat, produktif dan berkualiti.

Berita Berkaitan