MAHIR Jahit telah dilaksanakan dengan memberi fokus kepada Pola Kurung Pesak Gantung. Dalam modul ini, peserta diperkenalkan kepada teknik asas penyediaan pola kurung pesak gantung mengikut ukuran yang betul serta kaedah membuat tanda dan menghasilkan pola dengan kemas dan tepat.
Melalui sesi pembelajaran dan latihan praktikal, peserta dapat meningkatkan pemahaman serta kemahiran dalam menghasilkan pola kurung pesak gantung. Pembelajaran ini menjadi sebahagian daripada kemahiran asas dalam bidang jahitan yang dapat membantu peserta menghasilkan pakaian dengan lebih teratur dan berkualiti.


