PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Jualan AgroMADANI Meriahkan Bazar Raya NADI 2026

Program Jualan AgroMADANI oleh FAMA telah diadakan bersempena Bazar Raya NADI 2026 di NADI Kampung Panjang Banggu dari 9.00 pagi hingga 10.30 pagi.

Program jualan ini menawarkan pelbagai barangan keperluan makanan kepada orang ramai pada harga yang berpatutan. Seawal pagi lagi, pengunjung hadir untuk mendapatkan barangan segar yang dijual sepanjang program tersebut.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan yang ditawarkan. Semua barangan AgroMADANI telah habis dijual seawal 10.30 pagi, menunjukkan permintaan tinggi daripada komuniti setempat.

Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna melalui harga yang lebih berpatutan, malah turut menyokong inisiatif kerajaan dalam membantu meringankan kos sara hidup masyarakat.

Berita Berkaitan