24 Jun 2025 – Bengkel Train of Trainers (ToT) Kempen Internet Selamat (KIS) telah berjaya dianjurkan pada 24 Jun 2025 bertempat di Dewan Pusat Mahasiswa, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan, Kelantan.
Bengkel ini disertai oleh staf-staf NADI dari seluruh Kelantan serta wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM Kampus Kesihatan. Tujuan utama bengkel adalah untuk memberi latihan secara langsung kepada petugas NADI tentang cara menyampaikan program KIS berdasarkan modul yang telah disediakan mengikut peringkat umur peserta.
Antara modul yang diperkenalkan merangkumi empat kumpulan sasaran utama:
-
Tahap 1 (7–9 tahun) – Sekolah Rendah Tahap 1
-
Tahap 2 (10–12 tahun) – Sekolah Rendah Tahap 2
-
13–17 tahun – Sekolah Menengah
-
18–30 tahun – Golongan Belia
Peserta bengkel didedahkan dengan teknik pelaksanaan, pendekatan komunikasi berkesan, serta simulasi sesi program sebenar yang akan dilaksanakan di sekolah dan komuniti. Setiap modul menekankan kandungan bersesuaian umur seperti pengenalan peranti, keselamatan akaun, interaksi selamat atas talian, dan peranan ibu bapa.
Program ini merupakan persiapan awal ke arah pelaksanaan Kempen Internet Selamat 2025 secara lebih tersusun dan berkesan di peringkat akar umbi.


