PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Bazar Raya NADI 2026

Bazar Raya NADI 2026 telah diadakan di NADI Kampung Panjang Banggu dari 8.00 pagi hingga 3.00 petang dengan penglibatan komuniti setempat serta penyertaan beberapa usahawan tempatan.

Program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti yang melibatkan pelajar, usahawan dan pengunjung. Antara pengisian yang dijalankan ialah Webinar Keusahawanan Preneur/EmpowerHer dan Kidventure, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak bagi Tahap 1 dan Tahap 2, Jualan Usahawan NADI, serta Jualan AgroMADANI oleh FAMA yang menawarkan pelbagai barangan kepada pengunjung.

Penganjuran bazar ini bertujuan memberi ruang kepada usahawan tempatan untuk mempromosikan dan menjual produk mereka, di samping menyediakan aktiviti yang bermanfaat kepada komuniti. Program ini juga menjadi platform bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti yang dianjurkan di NADI Kampung Panjang Banggu.

Berita Berkaitan