Webinar ini telah dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran peserta mengenai risiko kebocoran data peribadi dan kesannya terhadap pengguna. Program ini memberi pendedahan tentang bagaimana maklumat seperti nombor kad pengenalan, nombor telefon dan maklumat peribadi lain boleh disalahgunakan sekiranya jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sepanjang webinar, peserta diterangkan mengenai risiko yang mungkin berlaku selepas berlakunya kebocoran data, termasuk penipuan, penyamaran identiti dan cubaan mendapatkan maklumat tambahan melalui scam. Peserta turut didedahkan kepada langkah-langkah asas untuk melindungi data peribadi dan meningkatkan tahap keselamatan ketika menggunakan perkhidmatan digital.


