Program Siri Webinar Kempen Internet Selamat bertajuk “Add To Cart atau Add To Trap? Jaga Duit Anda!” telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Mei 2026 secara dalam talian di NADI Kampung Panjang Banggu.
Webinar ini telah dikendalikan oleh Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berkongsi penerangan berkaitan risiko penipuan ketika membeli-belah secara atas talian. Peserta turut diberikan pendedahan tentang langkah keselamatan digital, cara mengenal pasti scam serta kepentingan membuat transaksi dengan lebih berhati-hati.
Program ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penggunaan internet secara selamat, khususnya dalam urusan pembelian dan pembayaran digital yang semakin menjadi kebiasaan masa kini.


