14 April 2026, Selasa | Sesi kali ini membawa topik “Reset Hidup Sihat: Dari Pemakanan Ke Berat Badan Ideal” memberi fokus kepada kepentingan mengamalkan pemakanan sihat dan gaya hidup seimbang dalam usaha mencapai berat badan ideal serta tahap kesihatan yang lebih baik. Peserta didedahkan kepada panduan pemakanan seimbang, kawalan pengambilan kalori, pemilihan makanan yang sihat serta amalan harian yang dapat membantu peserta untuk mendapatkan berat badan ideal dengan mengurus berat badan secara konsisten dan selamat.
Selain itu, peserta turut memahami hubungan antara pemakanan, aktiviti fizikal dan kesihatan mental dalam membentuk gaya hidup yang lebih berkualiti. Diharap melalui sesi ini peserta memperolehi motivasi dan semangat untuk memulakan perubahan ke arah kehidupan yang lebih sihat, aktif dan seimbang.


