PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Program Outreach ICU @ NADI – Kecek Kiro di NADI Kampung Panjang Banggu

Program Outreach ICU @ NADI – Kecek Kiro di NADI telah berlangsung dengan pada 10 Februari 2026 bertempat di NADI Kampung Panjang Banggu. Program ini menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan rakan strategik bagi memudahkan urusan orang ramai mendapatkan maklumat serta perkhidmatan secara terus di lokasi setempat.

Antara agensi yang terlibat dalam program ini ialah Pejabat ICU JPM Kelantan, PERKESO, Jabatan Bantuan Guaman, YAPEIM serta Unifi.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai perkhidmatan telah disediakan kepada pengunjung, antaranya:

  • ✅ Semakan dan pendaftaran eKasih

  • ✅ Sesi “Kecek Kiro” Bantuan Sejahtera MADANI

  • ✅ Semakan caruman dan pendaftaran berkaitan pekerjaan (PERKESO)

  • ✅ Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri dan Suri Rumah

  • ✅ Pendaftaran MYFutureJobs bagi pencarian pekerjaan

  • ✅ Khidmat nasihat guaman meliputi kes Sivil, Jenayah dan Syariah

Selain itu, turut diadakan Saringan Kesihatan Percuma yang dikendalikan oleh pihak NADI Kampung Panjang Banggu sebagai nilai tambah kepada pengunjung yang hadir.

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat yang mengambil peluang untuk mendapatkan maklumat tepat, membuat semakan kelayakan bantuan serta menyelesaikan urusan berkaitan agensi kerajaan dalam suasana yang lebih mudah dan mesra rakyat.

Pelaksanaan program seumpama ini dilihat sangat membantu dalam mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat serta memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi dan komuniti setempat.

Terima kasih kepada semua agensi yang terlibat serta orang ramai yang hadir memeriahkan program ini. Diharapkan inisiatif sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat bersama.

Berita Berkaitan