22 Julai 2025, Selasa : Webinar Studio Sihat kali ini membawa topik yang sangat penting dan dekat di hati ramai wanita, iaitu “Menopaus Bukan Penamat! Apa Wanita Perlu Tahu”. Program ini bertujuan memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada golongan wanita tentang perubahan yang berlaku dalam fasa menopaus serta cara untuk menghadapinya dengan tenang dan positif.
Menopaus sering dikaitkan dengan pelbagai cabaran fizikal dan emosi. Namun, melalui perkongsian oleh pakar kesihatan dan individu berpengalaman, webinar ini akan menekankan bahawa menopaus bukanlah pengakhiran, sebaliknya permulaan kepada gaya hidup sihat dan bahagia yang baharu.
Dr Nurul juga berkongsi tip bagaimana wanita boleh menyesuaikan diri dengan perubahan hormon serta pentingnya mendapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan. Kesimpulannya, menopaus bukanlah pengakhiran, sebaliknya ia adalah fasa yang boleh diraikan dengan ilmu, persediaan dan sokongan yang betul.


